Wednesday, December 8, 2010

Akhyar & Asilah::



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Fuh..bulan 12 memang banyak kenduri. Krew fotoxl pun terkejar2 siapkan album customer2 yang best2 semuanya!

Just nak masukkan new entry ni untuk memastikan ada updates dalam blog ni. Jom layan!

Tunggu entry penuh ye!

Sunday, November 7, 2010

Sarahimah+Zul :: Seremban

Salam....

Updates kali ni nak letak captures sekitar majlis nikah Pn Sarahimah dan En Zul yang berlangsung di Masjid Jamek, Seremban.


Terima kasih kepada Pn Sarahimah dan En Zul kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk merakamkan saat-saat mereka disatukan. Semoga kekal ke akhir hayat =)

Ha..kepada bakal pengantin, atau anda yang memerlukan khidmat fotografi, jangan lupa untuk menghubungi kami. Tawaran pakej kami pasti menepati budget anda!

rizal.fotoxl
+012.453.8448 / +6019.504.4435

P/s: Semak GREAT DEAL untuk butiran pakej tawaran!

Tuesday, October 5, 2010

Senja di Desa Tasik

Subhanallah...indahnya alam ciptaanNYA....

Salam...

Entri ni hanya untuk tatapan anda! Hehe..biasa la. Bila boring dok di rumah, mula la nak pegang kamera. Tengok2 di sekeliling apa yang menarik untuk di capture! So, ni salah satu pemandangan waktu senja yang menarik yang aku sempat ambil dari celahan tingkap 'nako' rumah ku!

Feel free to comment!

Anda perlukan photographer? Tapi kekurangan budget? Tapi nakkan yang kualiti?

Kami ada untuk anda!

FotoXL| +6012.453.8448|+60129.504.4435

Amin N Aini | Changlun,Kedah

Salam....

Waktu cuti raya hari tu, sempat jugak TA shoot majlis nikah di Changlun, Kedah.

Selamat pengantin baru buat Amin dan Aini. Semoga kalian berbahagia.

Majlis berlangsung di Masjid Kampung Warisan, Changlun, Kedah. First time aku sampai sini (walaupun aku orang Kedah). Tempatnya menarik sebab rumah-rumah di sini direka bentuk seperti rumah-rumah tradisi Melayu. Tapi, dek kerana kesuntukan masa dan cuaca yang kurang menyenangkan, tak sempat aku nak round-round kampung tu nak capture pemandangan best2 tuh!

Apapun, kepada bakal-bakal pengantin baru, atau anda memerlukan khidmat fotografi, jangan segan-segan untuk menghubungi kami! Anda pasti mampu dengan pakej yang kami tawarkan!
Promosi GREAT DEALS masih berjalan (dilanjutkan sehingga Disember 2010) atas sambutan hangat!

FotoXL| +6012.453.8448|+6019.504.4435

Ayam Panggang @ Tualang

Hi all! Salam!

Entri kali ni, simple. Just berkenaan salah satu shot sewaktu menghadiri kenduri sepupu aku di kampung. Dalam banyak-banyak lauk yang dihidangkan, haa....lauk ni yang jadi peberet semua (kecuali yang tak makan ayam).

Oleh kerana subjek ni menarik (selain dari pengantin), so aku amik la gambaq subjek ni. Tada....Ayam Panggang di Tualang, Kedah!

Meleleh air liurku teringatkan ayam ni!!!! Di cecah dengan air asam...wallah!

Feel free to comment (biarlah yang membina)!

For those who want to hire us as your photographer, do not hesitate to contact us.

FotoXL | +601.453.8448|+6019.504.4435

Product Shoot | Biskut Raya

Salam semua..

Dah lama aku stop upload ke blog ni atas sebab ketiadaan kamera nak beraksi. Alhamdulillah, sebelum raya hari tu, aku dah dapat kamera baru. Kamera apa? Hehe....I'm now back to Alphanatics group!

Bulan puasa, bila nak menjelang raya, macam biasa, masing-masing sibuk nak buat kuih, nak jual kuih ( dan ramai yang nak beli je kuih! =P)....So, aku sempat amik beberapa shot untuk kuih! Dan ni salah satu darinya

Yummy! Rangup tu!

Fell free to comment! And for those who are interested to hire us for any purposes, do not hesitate to contact us!

FotoXL | +6012.453.8448|+6019.504.4435



Sunday, July 4, 2010

Kenwood Product Shoot

Salam...

Entri kali ni mengenai tugasan mengejut aku...Product Shoot!

Sebenarnya this is my first shoot for product shoot. Tetiba je dapat call dari sebuah kedai aksesori kereta. Mintak aku shoot beberapa produk. Tapi, atas sebab menghormati permintaan pelanggan supaya tidak menyiarkan gambar-gambar yang diambil, aku patuhi. Cuma satu gambar ni je yang diberi kebenaran.



Kenwood DVD Player.
Gambar ini tidak diedit langsung!

Kepada anda yang memerlukan khidmat kami, tidak kira walau apapun yang ingin dirakamkan, jom, cepat! Promosi GREAT DEALS kami masih valid!


Izwan N Lia :: Bandar Baru Bangi :: 6 Jun 2010

Salam...

Agak lewat saya publish gambar Izwan dan Lia. Mohon maaf kepada Wan dan Lia. Tapi, photobook dan CD telah saya serahkan! Terima kasih kepada Wan dan Lia. Semoga kalian berbahagia ke akhir hayat!


Lia..akhirnya bergelar isteri buat pasangannya, Izwan.

Bersama ibu dan ayah kedua mempelai

Lia dipersiapkan sebelum bersanding

Wah! "Thumbs up" kata Wan

Semoga keceriaan ini berkekalan sepanjang hayat!

So, kepada anda semua yang masih tercari-cari khidmat fotografer, apa tunggu lagi! Tawaran GREAT DEALS kami masih lagi valid!
"Anda pasti mampu dengan tawaran berkualiti kami!"



Friday, June 11, 2010

Sneak Preview| Wedding | Wan&Lia | 6 June 2010

Salam...

Hampir seminggu tak update blog foto aku ni. Sibuk dengan kerja dalam lab dan editing album. Alhamdulillah, album birthday Dhia' dalam entri lepas telah selamat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Entri kali ni, seperti biasa, aku akan show sneak preview untuk current task. Entri kali adalah mengenai wedding Izwan dan Lia yang berlangsung di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 6 Jun 2010. Nantikan entri penuhnya nanti!

Selamat Pengantin Baru Izwan dan Lia!


Rombongan pengantin lelaki dari Bagan Serai

Jadi, kepada anda yang bakal menjadi raja sehari, jangan lupa contact kami di fotoXL! Ingan tawaran GREAT DEALS kami masih berlangsung! Anda berpeluang mendapat hadiah tiket penerbangan ke destinasi bulan mau!

+6012.453.8448

Monday, June 7, 2010

Dhia' Adeleeya :: 5 Jun 2010 :: Seremban

Salam semua!

Seperti dijanjikan dalam entri lepas, aku nak uploadkan gambar2 yang aku shot pada majlis harijadi Dhia' Adeleeya yang berlangsung di Seremban, N9.

Waktu aku sampai, mak ayah Dhia' masih sibuk dengan persiapan; memasang belon, atur2 makanan, goodies. Si cilik Dhia' ni pulak sedang nyenyak tidoq! Dengar cerita dari mak ayah dia, Dhia' baru kuar dari wad..demam panas. Sian.....

Apapun, bday Dhia' sangat meriah. Hampir 500 shot aku dapat hari tu. Aku letakkan kat sini yang aku dah sempat aku edit (minimum touch up). Yang berlambak lagi tu, aku akan uploadkan dalam flickr atau photobucket.



Dhia' nyenyak tidur.....

Wajah-wajah ceria Dhia sambut besdaynya yang pertama!

Dhia' tido lagi...

Dhia dan neneknya....

Dhia dan ibunya!

So bagi anda semua yang ada event atau sesaje nak shot gambar untuk kenangan, jangan lupa hubungi kami dengan segera (sementara promosi masih ada!).

Hubungi kami di +6012.453 8448

Saturday, June 5, 2010

Sneak Preview| Birthday Party | Dhia' Adeleeya | 5 June 2010


Salam...

Fuh. Penat! Seharian berada di Seremban hari ni untuk shoot Birthday Party for si cilik Dhia' Adeleeya. Entri ni just for sneak preview. Gambar lain akan di upload setelah saya touch up skit dan letak 'trademark' untuk memelihara hakcipta.

So, sesape yang berminat, tengok-tengok lah koleksi kami dalam blog ni! Jangan lupa, GREAT DEALS kami masih available!

Thank You En Faiz & Rozie. Happy Birthday Dhia'!



Wednesday, May 26, 2010

Citrawarna Malaysia | 22 Mei 2010 | Dataran Merdeka

Salam...

Agak lama tak menulis dan update blog. Sibuk dengan study. Kena refresh balik chemistry. Huhu. Apapun, entri kali ni nak bercerita tentang event minggu lepas. Sabtu lepas lebih tepat lagi. For the first time, aku berpeluang menyaksikan perakakan penuh warna-warni (name pun citrawarna kan). Dan for the 1st time jugak, aku diberi peluang untuk berada di depan, betul2 depan penari2. Mula-mula kekok juga sebab shoot orang2 tengah menari ni depan muka, tambahan pulak aku hanya bawak lens 50mm dan 18-55 je. Tapi dah lama-lama skit, makin best plak 'mengeshot', hehe.

Dalam entri ni aku sempat masukkan sikit saje gambar daripada 300 lebih keping gambar. Lebihan gambar lagi akan ku update dalam entri berikut. Lagipun bloggers ni limit 5 gambar je satu entri. Jom layan apa yang aku ada.

Pengajaran dari shot yang aku dapat pada malam tu:

1. Flash sangat penting
2. Ketahui setting dalam gelap dan bercahaya malap
3. Ketahui setting untuk subject yang bergerak laju
4. Cepat menukar setting dan lens
5. Lens mesti ade IS atau VR
6. Tangan mesti stabil

Mungkin ade otai nak komen lagi dengan hasil2 ni:



Peaaccceee! Seronoknya dia dah habis menari!



Persembahan masyarakat Cina dengan berlatarbelakangkan lagu "Wong Feng Hong"


Tarian sewang oleh masyarakat asli

Persembahan masyarakat Melayu


Pelbagai kaum dan bangsa terlibat dalam Citrawarna! 1Malaysia!



Monday, May 17, 2010

Mari-mari! Promosi Terkini!

Buat kali keduanya, fotoXL mengadakan promosi besar-besaran! Terima kasih kepada anda yang sudi memilih kami sebagai fotografer anda! Ingat fotoXL..ingat perkhidmatan fotografi budget tapi berkualiti!

Promosi kali ni..menawarkan hadiah tiket penerbangan pergi-balik bagi pelanggan bertuah! Apa lagi..cepat2 rebuat peluang ni!





Sunday, May 16, 2010

Nurin Khaira Afrina :: Baby Potraiture

Salam...

Since ada lens 50mm ni, kena la kerap amik potraiture skit. Selain dari 'mencekapkan' diri bermain dengan setting, dapat jugak belajaq 'mencekapkan' diri bermain dengan jarak untuk potraiture.

Entri kali ni mengenai anak sedara sendiri, Nurin Khaira Afrina. Waktu tengah dok shoot ni, Nurin agak kurang 'mood'. Selalunya Nurin suka sangat nak bergambaq ni, fotogenik! Tapi, aku try jugak nak shoot. Nurin plak asyik bergerak2..biasa la budak-budak....

So, aku ada dua shot yang terbaik bagi aku nak kongsi. Kredit to my wife sebab dia pun shot beberapa gambaq jugak. Setting yang aku guna, F1.8, Shutter speed 1/10 without flash. Let's enjoy. Kepada yang lebih ilmu, silalah komen.

Thanks for viewing.



Botol tu tak lekang....siap ada nama lagi!




Dah nak tidoq ni.....

Kebanggaan negara :: PETRONAS Twin Tower


Salam...

Ada orang kata, kalau dok kat KL ni, kalau tak pi amik gambaq KLCC, tak sah. Menyahut cabaran 'orang-orang' yang kata tu, aku pun decide nak pi shoot gambar-gambar KLCC pada 7hb Mei lepas. Aku sampai di KLCC dah pukul 10.45 malam di temani sahabat aku, Abu.

Kami usha2 kat mana kami boleh landing and shoot. Tak banyak tempat yang kami boleh 'landing' sebab dah malam..so dah ditutup, terutamanya area taman KLCC di mana tempat paling cun kalau nak shoot gambar KLCC ni. So, lesson learnt, kalau nak ada banyak space untuk shoot KLCC, silalah pegi pada waktu siang.

Tapi, ada positifnya ambil gambar KLCC pada waktu malam ni, iaitu, cahaya lampu yang menarik. Jadi, selain dari kamera anda, pastikan anda bawak tripod anda, melainkan anda rasa tangan anda cukup stabil nak pegang kamera and shoot.

Kebetulan, tengah dok shoot and cari setting yang 'ngam' datang sorang brother ni dari belakang. Dia tegur "tak payah la pakai flash dik...try setting macam ni, F9.0, shutter speed 3"..and tutup flash kamu tu". Aku pun ikut cakap dia...dan..menjadi! Thanks to bro Azli Jamil. Bila balik, aku google and tengok flicker and fotopages dia, baru aku tau..dia ni antara otai dalam fotografi. Banyak lagi la yang dia ajar walaupun agak garang nadanya =P hehe...

So, ni aku rasa hasil yang terbaik aku nak kongsi dengan semua. Enjoy!






Monday, May 3, 2010

Potrait practice | Taman Warisan Pertanian | 2 May 2010

Salam....

Dulu aku banyak shoot potrait pakai lens 70-300mm. Almaklumlah, nak dapatkan kesan 'bokeh' yang cun. Hehe....Tapi sekarang aku dah ada 50mm lens. So, sempena kehadiran lens baru ni, aku kena la praktis supaya boleh jadi perfect dari semasa ke semasa.

Lokasi 'shooting' ni adalah dalam dusun buah-buahan di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. Tempat ni memang sesuai untuk dapatkan pemandangan hijau. Waktu aku pi tu pun, adalah 2-3 pasangan pengantin dok buat outdoor shooting.

Jom layan ape yang aku ada. Bagi otai2, komen anda dialu2kan untuk memantopkan skill saya. Thanks!




Saturday, May 1, 2010

KL Butterfly Park | 1 May 2010

Salam....

Sempena cuti 3 hari ni, bosan-bosan di rumah, aku pun keluar berjalan-jalan area-area KL ni. Ole kerana aku nak try capture n practice macro setting, aku pun decide ke Taman Rama-rama KL yang terletak berhampiran dengan Taman Tasik Perdana, KL.

Bila masuk ke dalam taman, memang banyak rama-rama, dah nama pun taman rama-rama kan...tapi, pendapat peribadi aku, dah tak banyak spesis yang cantik-cantik yang aku nampak. Kebanyakannya spesis yang berwarna hitam putih. Dan spesis yang jenis ni la yang paling jinak sebab tak lari bila nak ambil gambar...

Kat taman rama-rama ni jugak, ada dipamerkan serangga-serangga yang lain. So, jom layan apa yang sempat aku shoot. Gambar-gambar kat bawah hanyalah minimum editing supaya dapat dikekalkan warna naturalnya. Hehe...



Besonye mentibang tuh!

Sesi WWE antara dua ekor kumbang sampai terbalik yang sekor tuh!

Katak yang buat muka slumber!

Susah nak capture spesis yang cantik macam ni sebab sensitif dan cepat terbang.

Yang jenis hitam macam ni ok la jugak kejinakannya..haha.

Tuesday, April 27, 2010

Nature Shot


Salam all!

Kadang bila berjalan saya suka shoot anything yang saya rasa menarik (walaupun kadang-kadang orang pandang semacam). For me, let's them talk as much as their want. Asalkan, kita dapat shot2 menarik.

Entri kali ni saya nak pamerkan sikit hasil-hasil shot 'nature' di berlainan tempat. Maaf, sebab kualiti gambar terpaksa diminimumkan bagi mempercepatkan proses upload. Jom layan...


Nuri yang tengah marah di KL Birds Park
Ulat ni saya jumpa dalam perjalanan ke Gua Niah, Sarawak
Kupu-kupu ni pulak di Muzium Petroleum, Miri, Sarawak
Burung enggang ni di KL Birds Park
Jalan-jalan petang di Esplanade, Miri, Sarawak
Daun kering di Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah

Wednesday, April 21, 2010

Aksi-aksi menarik

Salam semua.

Lama tak mengupdatekan blog ni sebab bertugas di luar kawasan. Entri kali ni, saya nak uploadkan captures aksi-aksi menarik yang pernah saya 'shoot'. Antaranya adalah aksi di Putrajaya Wakeboard. Enjoy!.....






Tuesday, January 5, 2010

Farith & Azila | 24 September 2009 | Alor Setar





Salam semua!

Agak berminggu menyepi sekejap sebab dok kejar deadline nak hantar report. Periuk nasi utama kena jaga..almaklumla..kerja dengan orang..

Anyway, post kali ni berkisar tentang majlis yang terdahulu iaitu majlis perkahwinan Farith dan Azila. Majlis ni berlangsung pada hari raya ke-5 dan ke-7. Walaupun masih dalam mood raya, kerja tetap kerja. Ni la pengalaman first fotoXL bekerja di minggu raya.

Majlis memang meriah, walaupun bersaing dengan majlis-majlis rumah terbuka. Majlis di sebelah pengantin perempuan berlangsung di Air Hitam, Kedah. Lengkap dengan persembahan silat dari anak-anak muda kampung tersebut.

Majlis sebelah Farith pula berlangsung di Alor Setar, Kedah. Cuaca panas dan cerah pada time tu membolehkan ramai tetamu hadir. Alhamdulillah semuanya telah selesai. Jom kita usha koleksi foto Farith & Azila. Kami akan update dari masa ke semasa memandangkan kelajuan internet tidak mengizinkan upload yang banyak.