Wednesday, May 26, 2010

Citrawarna Malaysia | 22 Mei 2010 | Dataran Merdeka

Salam...

Agak lama tak menulis dan update blog. Sibuk dengan study. Kena refresh balik chemistry. Huhu. Apapun, entri kali ni nak bercerita tentang event minggu lepas. Sabtu lepas lebih tepat lagi. For the first time, aku berpeluang menyaksikan perakakan penuh warna-warni (name pun citrawarna kan). Dan for the 1st time jugak, aku diberi peluang untuk berada di depan, betul2 depan penari2. Mula-mula kekok juga sebab shoot orang2 tengah menari ni depan muka, tambahan pulak aku hanya bawak lens 50mm dan 18-55 je. Tapi dah lama-lama skit, makin best plak 'mengeshot', hehe.

Dalam entri ni aku sempat masukkan sikit saje gambar daripada 300 lebih keping gambar. Lebihan gambar lagi akan ku update dalam entri berikut. Lagipun bloggers ni limit 5 gambar je satu entri. Jom layan apa yang aku ada.

Pengajaran dari shot yang aku dapat pada malam tu:

1. Flash sangat penting
2. Ketahui setting dalam gelap dan bercahaya malap
3. Ketahui setting untuk subject yang bergerak laju
4. Cepat menukar setting dan lens
5. Lens mesti ade IS atau VR
6. Tangan mesti stabil

Mungkin ade otai nak komen lagi dengan hasil2 ni:



Peaaccceee! Seronoknya dia dah habis menari!



Persembahan masyarakat Cina dengan berlatarbelakangkan lagu "Wong Feng Hong"


Tarian sewang oleh masyarakat asli

Persembahan masyarakat Melayu


Pelbagai kaum dan bangsa terlibat dalam Citrawarna! 1Malaysia!



Monday, May 17, 2010

Mari-mari! Promosi Terkini!

Buat kali keduanya, fotoXL mengadakan promosi besar-besaran! Terima kasih kepada anda yang sudi memilih kami sebagai fotografer anda! Ingat fotoXL..ingat perkhidmatan fotografi budget tapi berkualiti!

Promosi kali ni..menawarkan hadiah tiket penerbangan pergi-balik bagi pelanggan bertuah! Apa lagi..cepat2 rebuat peluang ni!





Sunday, May 16, 2010

Nurin Khaira Afrina :: Baby Potraiture

Salam...

Since ada lens 50mm ni, kena la kerap amik potraiture skit. Selain dari 'mencekapkan' diri bermain dengan setting, dapat jugak belajaq 'mencekapkan' diri bermain dengan jarak untuk potraiture.

Entri kali ni mengenai anak sedara sendiri, Nurin Khaira Afrina. Waktu tengah dok shoot ni, Nurin agak kurang 'mood'. Selalunya Nurin suka sangat nak bergambaq ni, fotogenik! Tapi, aku try jugak nak shoot. Nurin plak asyik bergerak2..biasa la budak-budak....

So, aku ada dua shot yang terbaik bagi aku nak kongsi. Kredit to my wife sebab dia pun shot beberapa gambaq jugak. Setting yang aku guna, F1.8, Shutter speed 1/10 without flash. Let's enjoy. Kepada yang lebih ilmu, silalah komen.

Thanks for viewing.



Botol tu tak lekang....siap ada nama lagi!




Dah nak tidoq ni.....

Kebanggaan negara :: PETRONAS Twin Tower


Salam...

Ada orang kata, kalau dok kat KL ni, kalau tak pi amik gambaq KLCC, tak sah. Menyahut cabaran 'orang-orang' yang kata tu, aku pun decide nak pi shoot gambar-gambar KLCC pada 7hb Mei lepas. Aku sampai di KLCC dah pukul 10.45 malam di temani sahabat aku, Abu.

Kami usha2 kat mana kami boleh landing and shoot. Tak banyak tempat yang kami boleh 'landing' sebab dah malam..so dah ditutup, terutamanya area taman KLCC di mana tempat paling cun kalau nak shoot gambar KLCC ni. So, lesson learnt, kalau nak ada banyak space untuk shoot KLCC, silalah pegi pada waktu siang.

Tapi, ada positifnya ambil gambar KLCC pada waktu malam ni, iaitu, cahaya lampu yang menarik. Jadi, selain dari kamera anda, pastikan anda bawak tripod anda, melainkan anda rasa tangan anda cukup stabil nak pegang kamera and shoot.

Kebetulan, tengah dok shoot and cari setting yang 'ngam' datang sorang brother ni dari belakang. Dia tegur "tak payah la pakai flash dik...try setting macam ni, F9.0, shutter speed 3"..and tutup flash kamu tu". Aku pun ikut cakap dia...dan..menjadi! Thanks to bro Azli Jamil. Bila balik, aku google and tengok flicker and fotopages dia, baru aku tau..dia ni antara otai dalam fotografi. Banyak lagi la yang dia ajar walaupun agak garang nadanya =P hehe...

So, ni aku rasa hasil yang terbaik aku nak kongsi dengan semua. Enjoy!






Monday, May 3, 2010

Potrait practice | Taman Warisan Pertanian | 2 May 2010

Salam....

Dulu aku banyak shoot potrait pakai lens 70-300mm. Almaklumlah, nak dapatkan kesan 'bokeh' yang cun. Hehe....Tapi sekarang aku dah ada 50mm lens. So, sempena kehadiran lens baru ni, aku kena la praktis supaya boleh jadi perfect dari semasa ke semasa.

Lokasi 'shooting' ni adalah dalam dusun buah-buahan di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. Tempat ni memang sesuai untuk dapatkan pemandangan hijau. Waktu aku pi tu pun, adalah 2-3 pasangan pengantin dok buat outdoor shooting.

Jom layan ape yang aku ada. Bagi otai2, komen anda dialu2kan untuk memantopkan skill saya. Thanks!




Saturday, May 1, 2010

KL Butterfly Park | 1 May 2010

Salam....

Sempena cuti 3 hari ni, bosan-bosan di rumah, aku pun keluar berjalan-jalan area-area KL ni. Ole kerana aku nak try capture n practice macro setting, aku pun decide ke Taman Rama-rama KL yang terletak berhampiran dengan Taman Tasik Perdana, KL.

Bila masuk ke dalam taman, memang banyak rama-rama, dah nama pun taman rama-rama kan...tapi, pendapat peribadi aku, dah tak banyak spesis yang cantik-cantik yang aku nampak. Kebanyakannya spesis yang berwarna hitam putih. Dan spesis yang jenis ni la yang paling jinak sebab tak lari bila nak ambil gambar...

Kat taman rama-rama ni jugak, ada dipamerkan serangga-serangga yang lain. So, jom layan apa yang sempat aku shoot. Gambar-gambar kat bawah hanyalah minimum editing supaya dapat dikekalkan warna naturalnya. Hehe...



Besonye mentibang tuh!

Sesi WWE antara dua ekor kumbang sampai terbalik yang sekor tuh!

Katak yang buat muka slumber!

Susah nak capture spesis yang cantik macam ni sebab sensitif dan cepat terbang.

Yang jenis hitam macam ni ok la jugak kejinakannya..haha.