Wednesday, May 26, 2010

Citrawarna Malaysia | 22 Mei 2010 | Dataran Merdeka

Salam...

Agak lama tak menulis dan update blog. Sibuk dengan study. Kena refresh balik chemistry. Huhu. Apapun, entri kali ni nak bercerita tentang event minggu lepas. Sabtu lepas lebih tepat lagi. For the first time, aku berpeluang menyaksikan perakakan penuh warna-warni (name pun citrawarna kan). Dan for the 1st time jugak, aku diberi peluang untuk berada di depan, betul2 depan penari2. Mula-mula kekok juga sebab shoot orang2 tengah menari ni depan muka, tambahan pulak aku hanya bawak lens 50mm dan 18-55 je. Tapi dah lama-lama skit, makin best plak 'mengeshot', hehe.

Dalam entri ni aku sempat masukkan sikit saje gambar daripada 300 lebih keping gambar. Lebihan gambar lagi akan ku update dalam entri berikut. Lagipun bloggers ni limit 5 gambar je satu entri. Jom layan apa yang aku ada.

Pengajaran dari shot yang aku dapat pada malam tu:

1. Flash sangat penting
2. Ketahui setting dalam gelap dan bercahaya malap
3. Ketahui setting untuk subject yang bergerak laju
4. Cepat menukar setting dan lens
5. Lens mesti ade IS atau VR
6. Tangan mesti stabil

Mungkin ade otai nak komen lagi dengan hasil2 ni:



Peaaccceee! Seronoknya dia dah habis menari!



Persembahan masyarakat Cina dengan berlatarbelakangkan lagu "Wong Feng Hong"


Tarian sewang oleh masyarakat asli

Persembahan masyarakat Melayu


Pelbagai kaum dan bangsa terlibat dalam Citrawarna! 1Malaysia!



No comments:

Post a Comment