Sunday, May 16, 2010

Kebanggaan negara :: PETRONAS Twin Tower


Salam...

Ada orang kata, kalau dok kat KL ni, kalau tak pi amik gambaq KLCC, tak sah. Menyahut cabaran 'orang-orang' yang kata tu, aku pun decide nak pi shoot gambar-gambar KLCC pada 7hb Mei lepas. Aku sampai di KLCC dah pukul 10.45 malam di temani sahabat aku, Abu.

Kami usha2 kat mana kami boleh landing and shoot. Tak banyak tempat yang kami boleh 'landing' sebab dah malam..so dah ditutup, terutamanya area taman KLCC di mana tempat paling cun kalau nak shoot gambar KLCC ni. So, lesson learnt, kalau nak ada banyak space untuk shoot KLCC, silalah pegi pada waktu siang.

Tapi, ada positifnya ambil gambar KLCC pada waktu malam ni, iaitu, cahaya lampu yang menarik. Jadi, selain dari kamera anda, pastikan anda bawak tripod anda, melainkan anda rasa tangan anda cukup stabil nak pegang kamera and shoot.

Kebetulan, tengah dok shoot and cari setting yang 'ngam' datang sorang brother ni dari belakang. Dia tegur "tak payah la pakai flash dik...try setting macam ni, F9.0, shutter speed 3"..and tutup flash kamu tu". Aku pun ikut cakap dia...dan..menjadi! Thanks to bro Azli Jamil. Bila balik, aku google and tengok flicker and fotopages dia, baru aku tau..dia ni antara otai dalam fotografi. Banyak lagi la yang dia ajar walaupun agak garang nadanya =P hehe...

So, ni aku rasa hasil yang terbaik aku nak kongsi dengan semua. Enjoy!






No comments:

Post a Comment