Tuesday, December 22, 2009

Pakej Promosi


Salam all!

Thanks to all yang sudi email saya. Alhamdulillah, dah ramai yang mula mengenali fotoXL dalam masa yang amat singkat ni. Ramai juga yang dah mula berkira-kira untuk menggunakan khidmat fotoXL untuk majlis-majlis penting mereka. Terima kasih di atas sokongan anda.

Ramai juga yang email terus bertanya tentang pakej-pakej yang ditawarkan fotoXL. Biasa la, sebelum nak ambil khidmat orang, kenala survey kan. Jadi, post kali ini saya nak paparkan pakej yang ditawarkan oleh fotoXl kepada mereka yang berminat menggunakan perkhidmatan kami.

Ingin saya tegaskan di sini, fotoXL mempunyai matlamat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan harga yang paling MAMPU. Namun, dengan harga yang SANGAT RENDAH, kami tidak berkompromi dengan kualiti kerja kami. Bagi kami, kepuasan pelanggan adalah nilai yang sangat berharga untuk kami. Harapan kami, semua orang dapat menyimpan memori kenangan mereka dengan harga yang mampu mereka bayar.
Masih ingin berbincang, silakan, kami mengalu-alukan perbincangan demi memenuhi permintaan anda.


Monday, December 14, 2009

Outing | Monumen Alaf Baru | 13 Dec 09


Semalam saya berpeluang untuk join outing geng2 Nikon kat Monumen Alaf Baru, Putrajaya. Mula-mula rasa janggal dan pelik skit sebab saya sorang ja yang pakai selain jenama Nikon. Tetiba ada sorang mat saleh datang, pakai Lumix. So, ada la geng janggal sekali...

Target kami nak captured gambar model waktu senja atau sunset. Di samping tu, diorang nak sharing on CLS techniques. Oleh kerana tak nak mengganggu sangat aktiviti diorang, saya pun syok2 shoot dengan my alpha. Model? My beloved wife la....hehe.

Thanx to bro Crol (Serindit Photo) coz ajak saya join outing ni n ajar setting2 manual untuk capture gambar2 outdoor. Hari ni saya agak penat dan xsempat nak pick gambar2 yang paling best untuk di upload. Baru lepas tengok Malaysia VS Vietnam kat TV2. Apapun, jom usha...jangan lupa check updates nye nanti..

Saturday, December 12, 2009

Asree+Siti | Raub, Pahang | 6 Dec 09






Job untuk Asree dan Siti ni sebenarnya bukan job pertama saya dalam bidang fotografi. Tapi, job pertama saya secara "rasmi" dalam fotoXL. So, maknanya, job sebelum tu "makan sorang". Hehe...Asree dan Siti bernikah di rumah ibu-bapa pengantin perempuan di Bentong, Pahang pada Jumaat, 4 Disember 2009. Haa..dengan muka slumber, Asree melafazkan Qabul dihadapan bapa Siti sendiri dengan sekali lafaz, alhamdulillah..



Majlis persandingan di sebelah pengantin perempuan diadakan di Bentong, Pahang pada 5 Dis 2009. Majlis berjalan lancar walaupun pada mulanya dikhuatiri cuaca kurang elok. Majlis di pihak lelaki pula berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Simpang Kalang, Raub, Pahang pada 6 Dec 2009.

Lokasi outdoor kami hanyalah satu tempat, iaitu di Tasik Raub. So, jom kita usha.....

"The moments that you can afford for it"
fotoXL
+6012.453 8448 | +6019.504 4435





fotoXL: Foto + Excel

fotoXL merupakan satu daripada beribu penggerak industri fotografi dan memulakan perjalanannya bermula pada tahun 2009. Sebagai "freelancer" atau fotographer bebas, fotoXL kini dianggotai oleh 2 orang fotographer. Matlamat kami di fotoXL adalah bagi membolehkan anda diluar sana menikamati saat-saat manis atau berharga anda dengan kos yang anda mampu! Namun, kami tidak sesekali berkompromi dengan kualiti hasil kerja kami.

Untuk tatapan anda, kami hidangkan hasil-hasil kerja kami terdahulu sebagai hidangan mata anda! Jangan lupa, hubungi kami jika anda ada sesuatu nak tanya, nak komen atau nak kenal kami

Hasrizal Abd Rahman
fotoXL
+60124538448 | +60195044435